Thursday, August 9, 2012

Sudah hampir ke penghujung Ramadhan...

Ya Allah, pejam celik pejam celik..sudah masuk hari ke 20 hari ni kita berpuasa..sungguh tak perasan masa berlalu begitu cepat, tup-tup dah nak raya..tapi bagi aku persiapan raya belum bermula satu apa pun, tak teruja sangat nak raya tahun ni, tak tau la kenapa. Mungkin disebabkan bajet yang sangat terhad untuk kami beraya sakan, aku buat persiapan ala kadar sahaja, aku lepaskan untuk anak-anak dulu, untuk aku dan Pak Hamid, kami tak beli apa-apa yang baru pun, cuma baju untuk hari raya pertama sahaja yang baru, yang lain tu pakai je la yang lama..

Kuih raya pun aku beli 1-2 jenis sahaja, yang lain samada kawan-kawan sedekah ataupun aku buat sendiri, itu lebih menjimatkan, sekarang anak-anak dah besar boleh la membantu untuk buat kuih raya..Giliran beraya tahun ni adalah bersama dengan keluarga aku dulu, walaupun aku sudah kehilangan kedua ibubapa tapi aku masih ada adik beradik yang lain, aku pun ingin beraya dengan dia orang semua. Tapi biasanya aku akan beraya dengan adik beradik dari pagi sampai tengahari sahaja, lepas Zohor kami akan bergerak balik ke kampung mertua di Kuala Pilah. Itulah yang aku lalui selama 21 tahun berkahwin dengan Pak Hamid, so far so good, belum pernah bergaduh pasal giliran raya.

Hari Jumaat 2 hari sebelum raya tu nanti Allesya akan balik KL bercuti seminggu sempena raya, aku akan kerahkan askar-askar aku yang ada nanti untuk mengemas rumah, mengemop lantai dan menukar langsir. Semua guna yang lama je, cuma ambik je dalam almari tu dan gantung..tahun ni takde bajet yang extra untuk beli langsir baru..langsir yang diguna ni pun dah masuk 3 tahun dipakai, masih elok lagi, so why change..?

Nanti kalau ada masa aku update aktiviti semasa raya pulak ya..insyaAllah, kalau tak jumpa, selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan untuk semua, salam tulus ikhlas dan maaf zahir batin dari aku sekeluarga..enjoy your raya and jangan beraya sakan sangat..untuk yang memandu jauh balik ke kampung tu, hati-hati di jalan raya, pastikan keselamatan kenderaan anda sudah cukup tip top, dan jangan mengantuk semasa memandu, sungguh membahayakan, ingat lah orang-orang di sekeliling yang anda sayangi..semoga raya kali ini memberi keberkatan buat kita semua, insyaAllah, amin..
 

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan datang lagi...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT masih diberi peluang untuk berjumpa dan menikmati Ramadan tahun ini, walaupun tidak semeriah zaman kanak-kanak dulu, tapi ini pun sudah cukup membahagiakan. Ditemani suami dan anak-anak disekeliling, sungguh menyeronokkan. Tiada yang lebih puas daripada menikmati juadah bersama keluarga, genap kami berenam mengadap makan malam dan bersahur pada hari Sabtu tu. Meja makan sudah aku siapkan dengan rapinya 2-3 hari sebelum Ramadan lagi, punya la berkobar menyambut Ramadan, teruja betul rasanya.

Allesya balik bercuti hujung minggu mulai hari Jumaat petang tu semata-mata untuk menikmati hari pertama Ramadan bersama kami, tapi tak boleh lama, kena balik semula ke Ipoh hari Ahad petang sebab ada kelas hari Isnin. Walaupun cuma dapat sekali sahaja berbuka dengannya, sudah mencukupi untuk kami melepaskan rindu pada Lisya.

Hari pertama berbuka puasa kami makan yang simple-simple je, tekad kami tahun ni untuk tidak membazir walau sedikit pun, beli makanan atau masak sekadar mencukupi keperluan sahaja, tidak mahu berlebihan kerana akhirnya akan menjadi penghuni tong sampah juga..itu yang kami cuba elakkan.

Dek kerana hari pertama puasa jatuh pada hari Sabtu, kami semua berkobar dan penuh semangat untuk mula membuat kuih raya. Dengan gigihnya kami anak beranak membuat 2 adunan kuih semperit, mulai dari jam 11 pagi sehingga lah melewati jam 3 petang, baru siap membakar dan dah settle 2 tupperware semperit kami, alhamdulillah.. semuanya tersenyum bangga dengan hasil masing-masing..minggu depan nak mencuba buat kuih yang lain pulak..insyaAllah.

Kami juga tak lupa menyempurnakan solat terawih di surau mulai malam pertama lagi, alhamdulillah masih boleh mengerjakan 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir, walaupun dalam keadaan lutut yang sakit-sakit tu..mohon pada Allah kuatkan semangat dan berikan lah kekuatan semoga solat terawih dapat diteruskan sehingga keakhirnya.

Wednesday, July 4, 2012

Hurdles in life....

Today is my other half's 49th birthday, happy birthday sayang, you are my soulmate from then till now. It has been 21 years since we were married. There's no one else but you. I hope the same goes to you. Going through 21 years with my hubby is no joke. we had to go thru lots and lots of hurdles and challenges managing thru this cycle. But all that has made us grow up and mature subsequently and we strongly believe there will be more hurdles and hick-ups coming up in between times....May Allah bless you darling and may we continue to live by the grace of Allah SWT...insyaAllah, amin.

Monday, June 25, 2012

Kehebatan Allah yang Esa....

Minggu lepas aku telah mendapat satu kiriman sebuah buku terjemahan Surah Al Rahman yang dihantar oleh Pusat Pungutan Zakat. PPZ ni memang akan selalu menghantar buku-buku ilmiah macam ni untuk kebaikan / pengetahuan pencarum dan penyumbang zakat macam aku ni, aku hanya membuat sumbangan zakat pendapatan melalui potongan gaji yang aku rasa amat berbaloi. Alhamdulillah...

Bila aku baca buku terjemahan ni, baru je sampai 2-3 mukasurat, rasanya dah meleleh2 airmataku dalam membaca setiap baris pengertian ayat-ayatnya. Sebab begitu terasa kekuasaan Allah SWT dalam setiap rentak kehidupan hambaNya di dunia ini. Surah Al Rahman mengandungi 78 ayat dan terdapat satu ayat yang diulang sebut sebanyak 31 kali dalam surah itu..Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..hanya Kau yang mampu menyelami hati setiap hambaMu...aku sangat teruja dan terkesima apabila membaca terjemahan itu sehingga ke akhir surah. Sesungguhnya manusia ini masih lalai dalam mengerjakan ibadah kepada penciptanya. Dalam surah itu banyak menyebut tentang keEsaan Allah SWT, kehebatan agung Allah SWT dan segala puji hanya untuk Dia..sesungguhnya manusia kerdil seperti kita semua tak layak digelar apa pun, apa lagi diberi pangkat tinggi atau selayaknya dihormati melainkan Tuhan yang maha Esa.

Ayat yang diulang sebut sebanyak 31 kali di dalam Surah ini adalah bermaksud "Nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan?." Semua ayat-ayat yang tertera di dalam surah ini adalah berkenaan dengan kehebatan Allah SWT dalam mencipta semesta alam ini, bahawasnya Dialah pentadbir dan pengurus yang Maha Agung, semua kehebatan yang terdapat di bumi, langit serta segala pergerakan cakerawala adalah atas arahan Tuhan yang maha Esa...itu lah Murokobah Allah yang bersifat Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui...subhanallah..!

Maka kita sebagai manusia dan hambaNya ada juga yang masih lalai dengan kehidupan seharian, asyik memikirkan hal-hal duniawi tanpa mengambil berat tentang bekalan untuk kita bawak pulang ke akhirat nanti. Sama-sama lah kita memperbaiki amalan kita serta berusaha untuk mengabdikan diri kita kepada pencipta yang maha Agung, moga hidup kita di akhir zaman nanti akan bernoktah di Jannah, mudah-mudahan, insyaAllah, amin....






Friday, June 22, 2012

Semperit oh semperit....

Dah bertahun-tahun selama ni aku asyik mengorder je kuih semperit susu ni semasa musim Raya. Tapi tahun ni aku berazam nak buat sendiri....ececeh,...konon la kan, tapi sebenarnya bahan2nya bukannya susah sangat pun, yang letih sikit ialah masa nak menekan doh dalan acuan, tu je nak guna tenaga lebih sikit, the rest is sap sap sui je...ececeh, kalau cakap kemain, hehe..

Dek kerana anak-anak aku semua sukakan biskut ni, jadi aku dengan gigihnya telah berusaha membuat satu adunan semperit hari Sabtu lepas, saje-saje la buat untuk makan sendiri je..kalau menjadi, esok2  boleh la buat lebih sikit untuk raya and bagi MIL sikit..Berkat kegigihan and semangat aku dengan Dyna petang Sabtu tu, Alhamdulillah, menjadi la pulak biskut kami tu..haha, bravo kepada kami anak beranak, buat 250g butter dapat hasil sebanyak 90 keping biskut semperit, yeehaaa..!! Tapi..nak menyampai ke malam, hmmm....dah setengah tupperware jugak la habis kena belasah..., mana taknya..biskut tu sangat rapuh, sedap dan cair dimulut..sangat yummy rasanya (ceh, puji diri sendiri,...) nanti aku post gambar eh, jeng jeng jeng...

Friday, June 15, 2012

Cost of Living

Nowadays kalau bawak duit RM50 pergi kedai, tak tau apa barang yang dapat dibeli..kalau bawak duit sebanyak tu pergi Pasar Tani pulak memang dapat 2 hari punya lauk je la jawabnya...Baru je rasa dalam 2-3 tahun kebelakangan, aku masih boleh membeli belah dengan selesa di Pasar Tani dengan berbekalkan hanya RM50, berplastik-plastik barang aku bawak balik..sekarang nih, adoi la hai...

Aku ni biasanya dulu-dulu kalau pergi Pasar Tani, first round carik barang-barang kering dulu, bawang2, kentang, cili kering, udang kering, ikan bilis, asam jawa, asam keping, sup bunjut, etc...dekat gerai tu je dah boleh habis easily RM25, then proceed to gerai ikan air tawar, beli ikan talapia 3 ekor, ikan keli 6 ekor...dekat situ dah habis RM15, jalan pulak pergi gerai sayur2 kampung, beli ulam2an..cili api kampung / daun kesum, tempe, etc..habis RM8, then beralih ke gerai ikan kembung rebus, beli 2 paket RM11, pergi pulak gerai sayuran, beli kobis/kacang panjang/cili merah/tomato/kangkung/daun sup&bawang/sawi, etc..habis lagi RM15, tu belum masuk lagi gerai ayam/daging/ikan yang aku tak payah cerita la berapa pulak ongkosnya habis dekat situ...barang-barang yang aku beli ni semuanya untuk stok selama seminggu untuk makanan keluarga sebesar 5-6 orang..

Habis beli barang2 penting, pergi pulak menuju ke gerai-gerai sampingan macam gerai buah-buahan, gerai2 makanan macam capati, wade, kuih muih melayu, air soya..lepas tu singgah pulak tempat jual pallete (makanan rabbit kesayangan), kadang2 terlebih gatal menyinggah pulak dekat gerai-gerai jual tudung and blouse muslimah, ada masa2 tu look see, look see je..tapi ada gak masa-masanya sempat merembat sehelai dua..hehe..So, cemana la tak habis beratus2 setiap minggu, itu baru dekat Pasar Tani je tau, hover kan..?? Tapi pendek cerita memang semua barang dah mahal sekarang ni..kalau last 2-3 years, barang-barang yang aku beli semua ni baru berjumlah lebih kurang RM80-90 je gitu..now ni, barang2 yang sama will cost me RM130-150, bayangkan la seminggu barang-barang pasar je dah habis banyak tu, kalau sebulan..tak meninggal dibuatnya...? belum lagi dengan barang-barang kering dapur yang lain, ie: beras/gula/minyak/tepung/sabun, etc..yang tu semua dalam RM400 sebulan..So, kalau nak ikutkan betul-betul punya calculation, sebulan punya spending on barangan pasar and groceries je dah almost 1,000. matik lah macam ni every month...!

Maka dengan itu, sejak awal tahun ni lagi, aku dah mula mengamalkan sistem berjimat cermat. Aku akan beli barang-barang pasar as and when needed je, ada satu pasar segar dekat rumah aku tu yang jual ikan-ikan and ayam segar every weekend so, aku end up beli ikan2 aku dekat situ je..dekat situ aku beli la 4-5 ekor ikan kembung, cencaru, siakap (1 ekor besar), kerisi , pari (4-5 keping), udang sikit,
etc..at least untuk 3-5 hari makan je (sebab mesti ada 1 or 2 hari in a week that aku tak masak beriya, where buat nasi goreng or bubur nasi je..) aku tetap akan pergi pasar tani but will only buy those yang takde jual dekat pasar segar tu..ie, ikan talapia, ikan keli and sayur2 kampung, or maybe aku terasa nak makan daging salai ke..apa ke..so, baru aku akan beli di pasar tani. Sekarang ni lauk dekat rumah aku sekali makan memang 3 jenis je..not more than that..mesti ada satu lauk, sayur / sampingan and sambal..atau goreng2 tempe/kentang ke apa..very simple but nice and menyelerakan..with that dapat la aku jimatkan sikit perbelanjaan pasar tu...ibuk-ibuk semua, harus la bijak menguruskan hal-hal dapur anda ye..demi kebahagiaan seisi keluarga...tapi kalau dah memang ada bajet, sila kan lah beli ikan jenahak / bawal /tenggiri yang memang dah tentu berpuluh-puluh hengget harganya sekilo...waduh2, kok mahal banget nih..?

Makan bola, tidur bola, mandi bola, nanti berak pun keluar bola...!

Bila tiba musim bola macam Euro Cup ni aku memang tension gila babs...sebab Pak Hamid akan menatap TV tu sampai ke pagi, ada masa-masa jugak TV tu yang akan menatap dia berdengkur dekat depan tu sampai ke subuh..eeee, tensi mak tau..Secara tak langsung, bill letrik pun akan melambung..! ha, yang ni lagi tensi..!

Sejak seminggu musim Euro ni bermula, memang baru satu malam je la Pak Hamid tidur dengan aku, malam-malam lain tu memang depan TV je la, off TV terus je berdengkur dekat situ...memang payah and malas sangat la tu nak bawak kaki naik ke atas...eee, mencik I tau..! sudahnya bila pagi-pagi bangun and budak2 nak bersiap pergi sekolah, kena be careful sebab belakang TV tu ada cermin besar so dekat situ la budak2 nak bersiap berdandan nak betulkan tudung semua bagai, nak taknak kena la awasi langkah memasing supaya tak terlanggar or terpijak kaki papanya...adoi, kan menyusahkan je namanya tuh..once terlanggar ke apa ke, kan dah hangin satu badan pulak Pak Hamidnya...

Biasanya bila tiba musim bola ni, memang any football match on TV akan mendapat tumpuan dan perhatian sepenuhnya oleh laki aku ni, so..aku ni memang kurang diperhatikan, jangan kata nak usik, nak pandang pun macam ala-ala tak kuasa gitu...tumpuannya lebih kepada TV dan TV dan TV.....jadi masa ni lah mak pun sentap..kerajukan dan kebengangan....haih, cepat lah habis bola nih, I want my husband back..!


Sunday, June 10, 2012

Balik kampung and a haircut, at last..!

Last weekend masa balik Serting, we had girls' day out ke pekan Bahau, pergi ke salon favourite kami untuk mencantas rambut masing-masing...bukan apa, wash, cut and blow dekat sini murah sikit la from KL tu..hehe. At last I managed to have my hair cut and trimmed properly..baru la lega dah berambut pendek and nipis sikit...the girls had their hair cut, washed and blowed as well..semua puas hati dengan hasil kunjungan ke salon itu...

Before balik KL as usual Mak will bekalkan a lot of things for us to bring home, besides 2 ekor ayam kampung, there's also bunga kantan, telur ayam kampung and daun kesum (siap dengan polybag lagi..). Hajat nak bawak balik buah markisa tak kesampaian sebabnya pokoknya jauh ke belakang berdekatan sawah, takde orang nak teman pergi belakang tu, nak pergi sendiri..memang tak la kan..hehe.

Alhamdulillah, Mak sakit takde la teruk sangat..cuma dia tak boleh jalan jauh..setakat jalan pergi bilik air lepas lah..lebih dari tu kena la pimpin dia..Mak tu bukan ada sakit kronik pun, she's ill due to old age, banyak tulang yang dah reput, lutut dah lemah and a lot of other sickness...

Sweet Seventeen..

My lovely Ammelya turned 17 on 7th of June recently. She has been longing for a new handphone for so long, I have promised to buy her new handphone (Blackberry) since last year but it has never been fulfilled. Reason being is that I do not have enough extras to allocate for her request. I always make a point to get her what she wanted as soon as I could but due to certain hick ups and hurdles that has not been able to be materialised.

During her recent birthday, I decided to surprise her with a gift, a gift that she has been longing for..I consulted Allesya on which model of Blackberry phone would I buy for her, upon confirming with Pak Hamid and checking on stock availability and run thru the budget, I managed to get her a Blackberry 9220 the latest model but of reasonable price, I mean more like affordable..! I brought home the gift and surprised her with it. She was so happy and touched with the gift, happy tears came out from her eyes...I'm definitely happy to be able to make my children happy. I love you Adik, happy 17th birthday...mama & papa loves you a lot. This gift is to further encourage you to do well in your studies, you have made us proud, we are positive that you can maintain that..bravo my girl..!

My Jewels : From left, Allesya, Addelyna, Ammelya & Attelya



Thursday, May 31, 2012

The demise of our beloved someone....

I should have posted this entry  long ago, tapi masa tu masih tak dapat menahan sebak dan masih terkejut...now that keadaan dah reda and perasaan dah ok sikit, I wanna share this sad story to my readers...

Tanggal 16 Mac, 2012..tarikh yang paling sedih bagi kami sekeluarga bila mendapat berita yang abang iparku, Abang Zek telah dijemput Allah SWT untuk kembali ke Rahmatullah..Abg Zek ialah suami kepada kakak ku yang nombor dua..yang aku panggil Kak Chik..

Arwah pergi sungguh senang sekali, langsung tak menyusahkan siapa-siapa walaupun isterinya sendiri. Pada malam nyawanya diambil Tuhan yang Maha Kuasa itu, dia telah diserang asma yang teruk, arwah pun terus pergi klinik kerajaan berdekatan rumahnya tanpa ditemani Kak Chik. Dia insist supaya Kak Chik tak payah ikut, arwah beritahu dia akan pergi dengan jiran yang dekat tu sahaja, so Kak Chik pun kata ok sebab dah selalu pun dia kena serangan asma macam tu, so langsung tak fikir buruk pun...

Selang tak berapa lama lepas tu, jiran Kak Chik yang teman arwah pergi klinik tu telefon Kak Chik beritahu yang arwah dah lembik and rebah sebaik saja keluar daripada kereta, rupanya dari dalam kereta dia dah menahan sesak nafas yang terlampau. Doktor yang merawat di klinik tu dah pronounce his death before Kak Chik and anak-anak sempat  sampai.. Masa Kak Chik sampai, tangan arwah sudah siap dikiam and dah pun ditutup mukanya..aduhai, aku tak larat nak type ni sebab perasaan yang terlalu sebak..aku tak dapat bayangkan perasaan Kak Chik masa tu, kalau itu yang terjadi pada aku, mahu aku hilang pertimbangan agaknya..aduh, tak tahu lah..

Tapi, dengan kesabaran dan ketabahan kurniaan Tuhan, Kak Chik kuatkan semangatnya menguruskan hal-hal buat report di balai dan juga pendaftaran pengebumian dan sempat memberitahu adik-beradik dan kawan-kawan yang rapat tentang berita pemergian arwah yang secara tiba-tiba itu...semua orang tak sangka akan kehilangan orang yang sangat baik hati macam arwah. He is so jujur, telus, suka bergurau, very jovial, so easy going..funny, witty and very well loved by people around him...kami merasa sangat kehilangan. Dia lah penghibur kami, dia lah orang yang tak pernah nampak bermasalah, gurau sendanya sentiasa membuat kami bergelak ketawa..and he always have things to joke about..we really miss you Abang Zek..

Aku tak dapat bayangkan keadaan Kak Chik selepas ketiadaan Abg Zek, tapi kami semua harap she and anak-anak will forever be strong and akan tabah menempuh hari-hari mendatang tanpa kehadiran orang yang disayang. Ini semua ketentuan Allah SWT yang kita harus terima dan redho. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup sambil sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah di sana..mudah2an ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Innalillahiwainnailaihirojiun...

Long overdue hair cut....

I have been planning to go and get a hair cut, my hair is horribly messy and untreated. Tapi kalau nak pergi visit salon, semua orang dekat rumah ni pun nak hulur kepala masing-masing, sudahnya beratus-ratus mak kena spend dekat situ..so, memandangkan budget yang tak berapa ada untuk semua kepala-kepala nih, jadi hasrat tu ditunda dulu..hehe. Maybe a simple hair cut will just do first, itupun dah puluhan ringgit ye..bersabar ye anak-anakku..

Bercakap pasal potong rambut ni membuat aku teringat zaman kanak-kanak aku dulu, zaman tu duduk di rumah setinggan, mak bapak memang tak mampu nak bawak kau pergi kedai salon bagai untuk gunting rambut ya. Sudahnya Pak aku je yang ambik gunting and cantas rambut anak-anaknya..zaman dulu-dulu masa sekolah rendah, it is so common that anak-anak perempuan mesti dijangkiti kutu...kepala asyik gatal je...eeee, kalau ingatkan balik memang geli geleman, tapi itu lah yang aku lalui dulu..disebabkan rambutku yang keriting halus tapi tebal tu, kena pulak jangkitan kutu, uish..sungguh horror rasanya..So setiap bulan la rambutku akan dicantas oleh Pak yang sentiasa memantau keadaan rambut anak-anak gadisnya (Pak aku ada 6 orang anak gadis ya...) Besides dok ambik syampoo and ubat kutu from klinik kerajaan (gi klinik swasta or farmasi, tak mampu ye...) rambut kami masih berkutu sebab kawan-kawan di sekolah semuanya ala-ala menternak kutu di kepala masing-masing, jadi kami la yang jadi korban jangkitan binatang kecil tapi berbahaya tuh..

After dah naik sekolah menengah, baru la kami ok sikit, rambut pun dah pandai digayakan mengikut style terkini, chewah,..masalah kutu dah hampir dapat ditangani, kalau tahu je kawan yang sorang ni berkutu, terus duduk jauh dari si polan tu..takut2 terjangkit dekat rambut I yang di dandan hebat nih..hehe. Walaupun tak sehebat mana, tapi kami dah bebas dari masalah kutu sebab Pak rajin menyikat kutu kami and Mak rajin mensyampoo rambut kami...

Now that I have children of my own, I believe that I should give the best to them, walau apa pun anak-anak adalah keutamaan kami. However, we will try to adapt priority in our lives, things not important can wait, apa yang penting didulukan, benda-benda yang related dengan kehendak, boleh tunggu...hanya keperluan sahaja yang akan mendahului senarai..kalau ada berlebihan baru lah boleh layan kehendak tu...now that they are growing up and becoming matured, they have understood my statement well..alhamdulillah..

As for the rambut case..Yes, I need to bring them for a complete hair do one day...be it cut, wash, blow, trim and treatment...tapi kalau ada extra sikit la baru pegi ya...lagipun takpe, kita pakai tudung...orang tak nampak rambut kita, hehe...


By the way,  ini gambar hari raya tahun 2011, masa ni mata aku berpinar dek kesilauan lampu camera, lagi satu sebab kami pakai warna yang sangat menyala and dinding rumah kami pun kuning menyala..hover tau..! haha..Anyway, masa ni Adik and Tya dah pun pakai tudung, tahun ni Kakak dengan Dyna pun dah pakai tudung. So, this year's gambar family kami will be sangat sopan sebab semua anak-anakku dah berhijrah dan menyambut seruan kewajipan berhijab bagi kaum hawa..alhamdulillah.

Meh, aku introduce ahli keluarga aku eh. Dari kiri, Allesya Zurin (Kakak - 20yrs), duduk sebelah Attelya Zurin (Tya -15yrs), aku, pak Hamid, sebelahnya Addelyna Zurin (Dyna - 14yrs) and berdiri di hujung, Ammelya Zurin (Adik - 17yrs). Cukup complete hidupku dengan hadirnya puteri-puteri comel ni..alhamdulillah, moga keluarga kami sentiasa mendapat keberkatan dan dirahmati Allah hendaknya ...amin.

Belanja sakan and makan...

Kami sekeluarga memang jarang dapat makan berenam kalau tiba time dinner. Mana dengan Allesya yang duduk di Ipoh nya, mana dengan pak Hamid yang jarang ada di rumahnya,  sebab sometimes dia ada job nak kena selesai kan or sometimes dia ada mesyuarat Persatuan Taman or AJK Surau..tinggal lah kami kadang-kadang empat beranak dok mengadap each other having dinner...how sad.

Anyway, since Allesya bercuti semester selama dua bulan mulai April hari tu, minah ni kerja la dekat kiosk jual tudung and busana muslimah dekat Giant near our house. Gaji dapat lah dalam RM800 gitu. Amboi, kemain seronok lagi pompuan tu dapat gaji pertama terus beli handphone idaman, Blackberry lagi, ye la pulak..handphone cap ayam yang dia dok pakai bertahun-tahun tu pun dah ala-ala mintak ampun gitu, patut-patut la pun tukar handphone baru, nak tunggu mak kau yang belikan...tak dapek la nampaknya..kena la kerah tenaga bekerja keras, baru dapat beli idaman hati...hehe, bagus gak tuh..belajar bersusah sikit baru dapat rasa kesenangan...jangan jadi spoilt brat..! usaha tangga kejayaan, chewah...

She also bought herself some new bajus and tudungs for her wearing in Ipoh, she decided to wear tudung permanently now, Alhamdulillah...sejuk perut Mama nak...

By the way, semalam after dapat gaji bulan kedua, Allesya decided to treat us all for dinner, mula-mula dia plan nak belanja makan dekat Village View, Jln Reko or Bangi. Adik-adik dah melompat kegembiraan, mak dia pun sama..ek eh, tetiba pak Hamid pulak anti-climax cakap takyah la pergi jauh-jauh..makan around area dekat-dekat ni je sudah lah..lagipun dah malam (kakak habis kerja pun dah 1030pm..) so, dengan hati yang berat and muka yang monyok, adik-adik pun setuju je lah, After fetching Allesya from Giant, we headed to Taman Delima for a tom yam feast...Pok De Tom Yam. To our surprise, the food is super yummy and definitely we shall make a repeat visit here...semua orang muka ceria and berpuas hati lepas makan, hehe. Thank you kakak for this treat..! moga2 murah rezeki kakak, insyaAllah..., we love you..

Upcoming agenda..

Aku plan nak cuti from esok 1/6 sampai Selasa, 5/6..bukan nak gi holiday sakan2 pun, nak gi jengok MIL je dekat kampung, dengar cerita Mak tu dah sakit-sakit, tak boleh bangun..dia tu bukan ada penyakit kronik pun, just due to sakit tua je..halloo.., she's 85 ok..!! haha..kalau dah 85 tapi baru je jatuh sakit, kira bonus sangat la kan..kalau mak2 and ayah2 orang lain yang duduk di bandar setakat umur 60 tahun pun dah rebeh, lembik, sakit..operate sana sini..tengok orang kampung, sampai umur 85 baru jatuh sakit, kuatnya mak mertua I..hehe..caya lah Mak..!

Anyway, sakit pening, ajal maut tu semua kan kerja Allah SWT. Mudah2an kita semua diberi kesihatan terbaik olehNya..kena la banyak berdoa and bertawakal kepadaNya, moga kita semua dilindungi dari segala kejahatan dan musibah, insyaAllah, amin..

Hari Sabtu ni ada sambutan hari jadi dekat rumah arwah Mak di Wangsa Maju, kami memang buat birthday bash ni twice a year, sekali mid year, another hujung tahun, biasanya kita buat dekat luar KL bersekali dengan family trip, tapi memandangkan arwah Abg Zek belum sampai 100 hari meninggal dunia and semua orang pun macam masih berkabung, jadi kami sekeluarga decided to just have it in town sahaja, mana lagi kalau tak di teratak heritage kami (heritage la sangat..) di Wangsa Maju tu, rumah tu kan peninggalan arwah Mak and Pak..so, dekat situ la selalunya kami adik beradik berkumpul every week to catch up on each other's progress and development.

So, biasanya kalau party macam ni, kami adik beradik sama-sama masak and makan ramai2..nephews and nieces yang celebrate b'day akan enjoy sakan sambil terjerit2 bukak hadiah..kadang2 bukan orang yang punya b'day yang bersorak, orang2 yang takde kena mengena pun seronok sakan...its the best time of the year bila buat sambutan macam ni..riuh rendah jadi nya teratak heritage kami tu..Owh, besides the b'day celebration, we also do family gift exchange...yahoo..!

InsyaAllah, I will post some photos on the occasion soon...nanti kan ya..chow chin chow..!

Wednesday, May 30, 2012

So thoughtful of you...

Semalam to my surprise, I got a new handphone..!! wah, teruja mak..rupa-rupanya anak dara ku Allesya dah tolong belikan new Nokia C2 handhone for me, hasil duit titik peluh gaji dia yang tak berapa sen tu..dah la keja sementara cuti semester ni je, ada hati nak bersakan2 belanja Mama bagai..anyway, I really appreciate your thought my dear, Mama anggap ni hadiah Hari Ibu yang paling best Mama penah dapat..I love you Girl..!

Memang la my handphone 'Norkiah' 6300 tu dah bertahun aku pakai and lagi pun dah banyak sangat problemnya, sekejap screen dia went blank, sekejap bateri problems, asik kena on off from charger je..serabut dibuatnya bila phone out of order, demi melihat kepayahan itulah tercetusnya idea si Lisya ni nak membelikan maknya handphone baru, chewah.....memang dah mintak ampun pun phone lama Mama tuh...thank you my dear..takpe lah, walaupun bukan Blackberry, handphone blackberak ni pun ok la sayang...I appreciate it very much..

This and that, here and there...

A lot of happenings in life and family this past week, a bit busy with office work..busy cooking for catering order, anak-anak ada yang demam, tak sihat..kereta pun ada kala buat hal...aduh, memang menguji kesabaran betul..bukan setakat penat dari segi fizikal, mental dan emosi..poket pun kepenatan jugak....phewww..!

Last Friday buat  beef stew and ada jiran order soto ayam untuk jamuan Hari Ibu di Taman perumahan kami pada malam tu. So, Friday dah ambik cuti sebab pagi nak settle kan barang-barang Allesya before dia balik Ipoh this week, tengahari pergi beli barang-barang untuk dimasak buat jamuan malam tu, petang baru start masak. Alhamdulillah, semua masakan dapat disiapkan on time, lepas maghrib dah dihantar ke bawah kemah tempat jamuan diadakan.

This week, Pak Hamid tak busy sangat,  so dia sibuk mengelolakan kereta, pergi sambung merepair apa yang patut. Brake lining, timing belt, tayar nak tukar lagi 2 bijik..alignment, balancing, plug..segala macam lagi lah..Next week katanya nak balik jengok Mak dia dekat kampung, so need the car to be tip top..senang nak drive jauh...alahai, bukan jauh mana pun..Kolo Pilah yo...hehe. Tapi memandangkan kereta tu memang dah so due for repair and service, tu yang pak Hamid beriya bonar tuh...lantak la, janji kereta tu sedap and smooth je bila dipandu, aku tak tau apa2 pasal repair and service nih, mak tahu drive je...yehaaa..!

Catch you at the next entry...permisi dulu buk / pak..!

Wednesday, May 23, 2012

Makan@ofis

Lunch hari ni kami buat pot luck among office mates, ada yang bawak sambal ikan, ikan goreng cili padi, etc...aku bawak asam pedas ikan kembong and begedil ayam hasil lebihan lauk malam tadi..ok la tu kan, zaman2 gawat (belum gaji nih..) lepas la setakat makan macam tu.. So, ramai2 la kami serbu pantry, dua2 meja kami conquer, hover tau...pedulik apa kat org lain, kihkih..janji perut kenyang, sambil makan, sembang2 and gossip2...Eira bawak bubur kacang, aku pun ada bawak kedondong siap dengan kuah pencicah mak bee, super lazat..!


JZ pulak tadi makan maggie je, but..not long after makan, dia sakit perut and muntah, maybe kandungan msg dalam maggie tu banyak sangat kot.. she felt so dizzy and macam ala-ala mabuk sikit, mabukk..?? haha. She went off early to settle with her uneasy tummy..petang ni nak belasah bubur kacang Eira lagik...hehe

Since JZ balik awal, perancangan nak gi KLCC tengok MIGP tak jadi..postpone ke esok pulak. Takpe lah, benda tu pun 3 hari, can go anytime tomorrow or Friday..u take care JZ..!

Ok lah, tu je nak update..nanti-nanti kita story lagi ya..chiao..!

Tuesday, May 22, 2012

Boredom..

Today is a boring day in the office, not much to do..just following up on a few issues. Managing the day-to-day thingy and closer to end of day, I became restless and wanna go home fast..the cloud is dark outside and I'm sure it has already started raining..

Raining in KL will definitely result in a hectic and terrifying journey home, with loads of vehicles heading in the lanes and heaps of motorists rushing home just like me..I need to leave office sharp as to enable me to fetch Dyna from school at 6.45...rain, rain go away...I need to head home now, yeay yeay yeay.....arrggh...!

Monday, May 21, 2012

Hello...after a while..

Salam, lama betul tak menjengok blog ni, dah berhabuk dan hampir berkarat nampaknya...actually not that I don't want to write, besides I'm not a good writer, time does not permit me to sit and focus on the writing. Well, what much can I write about anyway. Life has been challenging and tough these past years..bukan seperti bloggers lain, they can just pluck any story in the air and publish it on the blog, and their stories are hell of some interesting ones...I really enjoyed reading some of those good ones..

Selama 2-3 tahun kebelakangan ini, satu-satu dugaan Tuhan menimpa keluarga kami. Setakat ini segala dugaan dan ujian itu dapat kami lalui dengan penuh kesabaran dan keinsafan..moga ianya sentiasa memberi isyarat kepada kami untuk sentiasa bermuhasabah diri...mudah2an, amin..

Anyway, just to highlight on happenings in our family past this years, my Ammelya managed 8As in her PMR end 2010 and my Dyna strived a straight 5As in her UPSR also in 2010..that was an amazing achievement in our family and we became an extreme proud parents for this victory..

This year, my Attelya will sit for her PMR and Ammelya for her SPM...we will continuously pray for another year of success..insyaAllah.