Thursday, August 9, 2012

Sudah hampir ke penghujung Ramadhan...

Ya Allah, pejam celik pejam celik..sudah masuk hari ke 20 hari ni kita berpuasa..sungguh tak perasan masa berlalu begitu cepat, tup-tup dah nak raya..tapi bagi aku persiapan raya belum bermula satu apa pun, tak teruja sangat nak raya tahun ni, tak tau la kenapa. Mungkin disebabkan bajet yang sangat terhad untuk kami beraya sakan, aku buat persiapan ala kadar sahaja, aku lepaskan untuk anak-anak dulu, untuk aku dan Pak Hamid, kami tak beli apa-apa yang baru pun, cuma baju untuk hari raya pertama sahaja yang baru, yang lain tu pakai je la yang lama..

Kuih raya pun aku beli 1-2 jenis sahaja, yang lain samada kawan-kawan sedekah ataupun aku buat sendiri, itu lebih menjimatkan, sekarang anak-anak dah besar boleh la membantu untuk buat kuih raya..Giliran beraya tahun ni adalah bersama dengan keluarga aku dulu, walaupun aku sudah kehilangan kedua ibubapa tapi aku masih ada adik beradik yang lain, aku pun ingin beraya dengan dia orang semua. Tapi biasanya aku akan beraya dengan adik beradik dari pagi sampai tengahari sahaja, lepas Zohor kami akan bergerak balik ke kampung mertua di Kuala Pilah. Itulah yang aku lalui selama 21 tahun berkahwin dengan Pak Hamid, so far so good, belum pernah bergaduh pasal giliran raya.

Hari Jumaat 2 hari sebelum raya tu nanti Allesya akan balik KL bercuti seminggu sempena raya, aku akan kerahkan askar-askar aku yang ada nanti untuk mengemas rumah, mengemop lantai dan menukar langsir. Semua guna yang lama je, cuma ambik je dalam almari tu dan gantung..tahun ni takde bajet yang extra untuk beli langsir baru..langsir yang diguna ni pun dah masuk 3 tahun dipakai, masih elok lagi, so why change..?

Nanti kalau ada masa aku update aktiviti semasa raya pulak ya..insyaAllah, kalau tak jumpa, selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan untuk semua, salam tulus ikhlas dan maaf zahir batin dari aku sekeluarga..enjoy your raya and jangan beraya sakan sangat..untuk yang memandu jauh balik ke kampung tu, hati-hati di jalan raya, pastikan keselamatan kenderaan anda sudah cukup tip top, dan jangan mengantuk semasa memandu, sungguh membahayakan, ingat lah orang-orang di sekeliling yang anda sayangi..semoga raya kali ini memberi keberkatan buat kita semua, insyaAllah, amin..