Friday, June 22, 2012

Semperit oh semperit....

Dah bertahun-tahun selama ni aku asyik mengorder je kuih semperit susu ni semasa musim Raya. Tapi tahun ni aku berazam nak buat sendiri....ececeh,...konon la kan, tapi sebenarnya bahan2nya bukannya susah sangat pun, yang letih sikit ialah masa nak menekan doh dalan acuan, tu je nak guna tenaga lebih sikit, the rest is sap sap sui je...ececeh, kalau cakap kemain, hehe..

Dek kerana anak-anak aku semua sukakan biskut ni, jadi aku dengan gigihnya telah berusaha membuat satu adunan semperit hari Sabtu lepas, saje-saje la buat untuk makan sendiri je..kalau menjadi, esok2  boleh la buat lebih sikit untuk raya and bagi MIL sikit..Berkat kegigihan and semangat aku dengan Dyna petang Sabtu tu, Alhamdulillah, menjadi la pulak biskut kami tu..haha, bravo kepada kami anak beranak, buat 250g butter dapat hasil sebanyak 90 keping biskut semperit, yeehaaa..!! Tapi..nak menyampai ke malam, hmmm....dah setengah tupperware jugak la habis kena belasah..., mana taknya..biskut tu sangat rapuh, sedap dan cair dimulut..sangat yummy rasanya (ceh, puji diri sendiri,...) nanti aku post gambar eh, jeng jeng jeng...