Tuesday, July 24, 2012

Ramadan datang lagi...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT masih diberi peluang untuk berjumpa dan menikmati Ramadan tahun ini, walaupun tidak semeriah zaman kanak-kanak dulu, tapi ini pun sudah cukup membahagiakan. Ditemani suami dan anak-anak disekeliling, sungguh menyeronokkan. Tiada yang lebih puas daripada menikmati juadah bersama keluarga, genap kami berenam mengadap makan malam dan bersahur pada hari Sabtu tu. Meja makan sudah aku siapkan dengan rapinya 2-3 hari sebelum Ramadan lagi, punya la berkobar menyambut Ramadan, teruja betul rasanya.

Allesya balik bercuti hujung minggu mulai hari Jumaat petang tu semata-mata untuk menikmati hari pertama Ramadan bersama kami, tapi tak boleh lama, kena balik semula ke Ipoh hari Ahad petang sebab ada kelas hari Isnin. Walaupun cuma dapat sekali sahaja berbuka dengannya, sudah mencukupi untuk kami melepaskan rindu pada Lisya.

Hari pertama berbuka puasa kami makan yang simple-simple je, tekad kami tahun ni untuk tidak membazir walau sedikit pun, beli makanan atau masak sekadar mencukupi keperluan sahaja, tidak mahu berlebihan kerana akhirnya akan menjadi penghuni tong sampah juga..itu yang kami cuba elakkan.

Dek kerana hari pertama puasa jatuh pada hari Sabtu, kami semua berkobar dan penuh semangat untuk mula membuat kuih raya. Dengan gigihnya kami anak beranak membuat 2 adunan kuih semperit, mulai dari jam 11 pagi sehingga lah melewati jam 3 petang, baru siap membakar dan dah settle 2 tupperware semperit kami, alhamdulillah.. semuanya tersenyum bangga dengan hasil masing-masing..minggu depan nak mencuba buat kuih yang lain pulak..insyaAllah.

Kami juga tak lupa menyempurnakan solat terawih di surau mulai malam pertama lagi, alhamdulillah masih boleh mengerjakan 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir, walaupun dalam keadaan lutut yang sakit-sakit tu..mohon pada Allah kuatkan semangat dan berikan lah kekuatan semoga solat terawih dapat diteruskan sehingga keakhirnya.