I have been planning to go and get a hair cut, my hair is horribly messy and untreated. Tapi kalau nak pergi visit salon, semua orang dekat rumah ni pun nak hulur kepala masing-masing, sudahnya beratus-ratus mak kena spend dekat situ..so, memandangkan budget yang tak berapa ada untuk semua kepala-kepala nih, jadi hasrat tu ditunda dulu..hehe. Maybe a simple hair cut will just do first, itupun dah puluhan ringgit ye..bersabar ye anak-anakku..
Bercakap pasal potong rambut ni membuat aku teringat zaman kanak-kanak aku dulu, zaman tu duduk di rumah setinggan, mak bapak memang tak mampu nak bawak kau pergi kedai salon bagai untuk gunting rambut ya. Sudahnya Pak aku je yang ambik gunting and cantas rambut anak-anaknya..zaman dulu-dulu masa sekolah rendah, it is so common that anak-anak perempuan mesti dijangkiti kutu...kepala asyik gatal je...eeee, kalau ingatkan balik memang geli geleman, tapi itu lah yang aku lalui dulu..disebabkan rambutku yang keriting halus tapi tebal tu, kena pulak jangkitan kutu, uish..sungguh horror rasanya..So setiap bulan la rambutku akan dicantas oleh Pak yang sentiasa memantau keadaan rambut anak-anak gadisnya (Pak aku ada 6 orang anak gadis ya...) Besides dok ambik syampoo and ubat kutu from klinik kerajaan (gi klinik swasta or farmasi, tak mampu ye...) rambut kami masih berkutu sebab kawan-kawan di sekolah semuanya ala-ala menternak kutu di kepala masing-masing, jadi kami la yang jadi korban jangkitan binatang kecil tapi berbahaya tuh..
After dah naik sekolah menengah, baru la kami ok sikit, rambut pun dah pandai digayakan mengikut style terkini, chewah,..masalah kutu dah hampir dapat ditangani, kalau tahu je kawan yang sorang ni berkutu, terus duduk jauh dari si polan tu..takut2 terjangkit dekat rambut I yang di dandan hebat nih..hehe. Walaupun tak sehebat mana, tapi kami dah bebas dari masalah kutu sebab Pak rajin menyikat kutu kami and Mak rajin mensyampoo rambut kami...
Now that I have children of my own, I believe that I should give the best to them, walau apa pun anak-anak adalah keutamaan kami. However, we will try to adapt priority in our lives, things not important can wait, apa yang penting didulukan, benda-benda yang related dengan kehendak, boleh tunggu...hanya keperluan sahaja yang akan mendahului senarai..kalau ada berlebihan baru lah boleh layan kehendak tu...now that they are growing up and becoming matured, they have understood my statement well..alhamdulillah..
As for the rambut case..Yes, I need to bring them for a complete hair do one day...be it cut, wash, blow, trim and treatment...tapi kalau ada extra sikit la baru pegi ya...lagipun takpe, kita pakai tudung...orang tak nampak rambut kita, hehe...
By the way, ini gambar hari raya tahun 2011, masa ni mata aku berpinar dek kesilauan lampu camera, lagi satu sebab kami pakai warna yang sangat menyala and dinding rumah kami pun kuning menyala..hover tau..! haha..Anyway, masa ni Adik and Tya dah pun pakai tudung, tahun ni Kakak dengan Dyna pun dah pakai tudung. So, this year's gambar family kami will be sangat sopan sebab semua anak-anakku dah berhijrah dan menyambut seruan kewajipan berhijab bagi kaum hawa..alhamdulillah.
Meh, aku introduce ahli keluarga aku eh. Dari kiri, Allesya Zurin (Kakak - 20yrs), duduk sebelah Attelya Zurin (Tya -15yrs), aku, pak Hamid, sebelahnya Addelyna Zurin (Dyna - 14yrs) and berdiri di hujung, Ammelya Zurin (Adik - 17yrs). Cukup complete hidupku dengan hadirnya puteri-puteri comel ni..alhamdulillah, moga keluarga kami sentiasa mendapat keberkatan dan dirahmati Allah hendaknya ...amin.