I should have posted this entry long ago, tapi masa tu masih tak dapat menahan sebak dan masih terkejut...now that keadaan dah reda and perasaan dah ok sikit, I wanna share this sad story to my readers...
Tanggal 16 Mac, 2012..tarikh yang paling sedih bagi kami sekeluarga bila mendapat berita yang abang iparku, Abang Zek telah dijemput Allah SWT untuk kembali ke Rahmatullah..Abg Zek ialah suami kepada kakak ku yang nombor dua..yang aku panggil Kak Chik..
Arwah pergi sungguh senang sekali, langsung tak menyusahkan siapa-siapa walaupun isterinya sendiri. Pada malam nyawanya diambil Tuhan yang Maha Kuasa itu, dia telah diserang asma yang teruk, arwah pun terus pergi klinik kerajaan berdekatan rumahnya tanpa ditemani Kak Chik. Dia insist supaya Kak Chik tak payah ikut, arwah beritahu dia akan pergi dengan jiran yang dekat tu sahaja, so Kak Chik pun kata ok sebab dah selalu pun dia kena serangan asma macam tu, so langsung tak fikir buruk pun...
Selang tak berapa lama lepas tu, jiran Kak Chik yang teman arwah pergi klinik tu telefon Kak Chik beritahu yang arwah dah lembik and rebah sebaik saja keluar daripada kereta, rupanya dari dalam kereta dia dah menahan sesak nafas yang terlampau. Doktor yang merawat di klinik tu dah pronounce his death before Kak Chik and anak-anak sempat sampai.. Masa Kak Chik sampai, tangan arwah sudah siap dikiam and dah pun ditutup mukanya..aduhai, aku tak larat nak type ni sebab perasaan yang terlalu sebak..aku tak dapat bayangkan perasaan Kak Chik masa tu, kalau itu yang terjadi pada aku, mahu aku hilang pertimbangan agaknya..aduh, tak tahu lah..
Tapi, dengan kesabaran dan ketabahan kurniaan Tuhan, Kak Chik kuatkan semangatnya menguruskan hal-hal buat report di balai dan juga pendaftaran pengebumian dan sempat memberitahu adik-beradik dan kawan-kawan yang rapat tentang berita pemergian arwah yang secara tiba-tiba itu...semua orang tak sangka akan kehilangan orang yang sangat baik hati macam arwah. He is so jujur, telus, suka bergurau, very jovial, so easy going..funny, witty and very well loved by people around him...kami merasa sangat kehilangan. Dia lah penghibur kami, dia lah orang yang tak pernah nampak bermasalah, gurau sendanya sentiasa membuat kami bergelak ketawa..and he always have things to joke about..we really miss you Abang Zek..
Aku tak dapat bayangkan keadaan Kak Chik selepas ketiadaan Abg Zek, tapi kami semua harap she and anak-anak will forever be strong and akan tabah menempuh hari-hari mendatang tanpa kehadiran orang yang disayang. Ini semua ketentuan Allah SWT yang kita harus terima dan redho. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup sambil sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah di sana..mudah2an ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Innalillahiwainnailaihirojiun...