Ya Allah, pejam celik pejam celik..sudah masuk hari ke 20 hari ni kita berpuasa..sungguh tak perasan masa berlalu begitu cepat, tup-tup dah nak raya..tapi bagi aku persiapan raya belum bermula satu apa pun, tak teruja sangat nak raya tahun ni, tak tau la kenapa. Mungkin disebabkan bajet yang sangat terhad untuk kami beraya sakan, aku buat persiapan ala kadar sahaja, aku lepaskan untuk anak-anak dulu, untuk aku dan Pak Hamid, kami tak beli apa-apa yang baru pun, cuma baju untuk hari raya pertama sahaja yang baru, yang lain tu pakai je la yang lama..
Kuih raya pun aku beli 1-2 jenis sahaja, yang lain samada kawan-kawan sedekah ataupun aku buat sendiri, itu lebih menjimatkan, sekarang anak-anak dah besar boleh la membantu untuk buat kuih raya..Giliran beraya tahun ni adalah bersama dengan keluarga aku dulu, walaupun aku sudah kehilangan kedua ibubapa tapi aku masih ada adik beradik yang lain, aku pun ingin beraya dengan dia orang semua. Tapi biasanya aku akan beraya dengan adik beradik dari pagi sampai tengahari sahaja, lepas Zohor kami akan bergerak balik ke kampung mertua di Kuala Pilah. Itulah yang aku lalui selama 21 tahun berkahwin dengan Pak Hamid, so far so good, belum pernah bergaduh pasal giliran raya.
Hari Jumaat 2 hari sebelum raya tu nanti Allesya akan balik KL bercuti seminggu sempena raya, aku akan kerahkan askar-askar aku yang ada nanti untuk mengemas rumah, mengemop lantai dan menukar langsir. Semua guna yang lama je, cuma ambik je dalam almari tu dan gantung..tahun ni takde bajet yang extra untuk beli langsir baru..langsir yang diguna ni pun dah masuk 3 tahun dipakai, masih elok lagi, so why change..?
Nanti kalau ada masa aku update aktiviti semasa raya pulak ya..insyaAllah, kalau tak jumpa, selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan untuk semua, salam tulus ikhlas dan maaf zahir batin dari aku sekeluarga..enjoy your raya and jangan beraya sakan sangat..untuk yang memandu jauh balik ke kampung tu, hati-hati di jalan raya, pastikan keselamatan kenderaan anda sudah cukup tip top, dan jangan mengantuk semasa memandu, sungguh membahayakan, ingat lah orang-orang di sekeliling yang anda sayangi..semoga raya kali ini memberi keberkatan buat kita semua, insyaAllah, amin..
....Zooming Zieta....
Thursday, August 9, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Ramadan datang lagi...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT masih diberi peluang untuk berjumpa dan menikmati Ramadan tahun ini, walaupun tidak semeriah zaman kanak-kanak dulu, tapi ini pun sudah cukup membahagiakan. Ditemani suami dan anak-anak disekeliling, sungguh menyeronokkan. Tiada yang lebih puas daripada menikmati juadah bersama keluarga, genap kami berenam mengadap makan malam dan bersahur pada hari Sabtu tu. Meja makan sudah aku siapkan dengan rapinya 2-3 hari sebelum Ramadan lagi, punya la berkobar menyambut Ramadan, teruja betul rasanya.
Allesya balik bercuti hujung minggu mulai hari Jumaat petang tu semata-mata untuk menikmati hari pertama Ramadan bersama kami, tapi tak boleh lama, kena balik semula ke Ipoh hari Ahad petang sebab ada kelas hari Isnin. Walaupun cuma dapat sekali sahaja berbuka dengannya, sudah mencukupi untuk kami melepaskan rindu pada Lisya.
Hari pertama berbuka puasa kami makan yang simple-simple je, tekad kami tahun ni untuk tidak membazir walau sedikit pun, beli makanan atau masak sekadar mencukupi keperluan sahaja, tidak mahu berlebihan kerana akhirnya akan menjadi penghuni tong sampah juga..itu yang kami cuba elakkan.
Dek kerana hari pertama puasa jatuh pada hari Sabtu, kami semua berkobar dan penuh semangat untuk mula membuat kuih raya. Dengan gigihnya kami anak beranak membuat 2 adunan kuih semperit, mulai dari jam 11 pagi sehingga lah melewati jam 3 petang, baru siap membakar dan dah settle 2 tupperware semperit kami, alhamdulillah.. semuanya tersenyum bangga dengan hasil masing-masing..minggu depan nak mencuba buat kuih yang lain pulak..insyaAllah.
Kami juga tak lupa menyempurnakan solat terawih di surau mulai malam pertama lagi, alhamdulillah masih boleh mengerjakan 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir, walaupun dalam keadaan lutut yang sakit-sakit tu..mohon pada Allah kuatkan semangat dan berikan lah kekuatan semoga solat terawih dapat diteruskan sehingga keakhirnya.

Wednesday, July 4, 2012
Hurdles in life....
Today is my other half's 49th birthday, happy birthday sayang, you are my soulmate from then till now. It has been 21 years since we were married. There's no one else but you. I hope the same goes to you. Going through 21 years with my hubby is no joke. we had to go thru lots and lots of hurdles and challenges managing thru this cycle. But all that has made us grow up and mature subsequently and we strongly believe there will be more hurdles and hick-ups coming up in between times....May Allah bless you darling and may we continue to live by the grace of Allah SWT...insyaAllah, amin.
Monday, June 25, 2012
Kehebatan Allah yang Esa....
Minggu lepas aku telah mendapat satu kiriman sebuah buku terjemahan Surah Al Rahman yang dihantar oleh Pusat Pungutan Zakat. PPZ ni memang akan selalu menghantar buku-buku ilmiah macam ni untuk kebaikan / pengetahuan pencarum dan penyumbang zakat macam aku ni, aku hanya membuat sumbangan zakat pendapatan melalui potongan gaji yang aku rasa amat berbaloi. Alhamdulillah...
Bila aku baca buku terjemahan ni, baru je sampai 2-3 mukasurat, rasanya dah meleleh2 airmataku dalam membaca setiap baris pengertian ayat-ayatnya. Sebab begitu terasa kekuasaan Allah SWT dalam setiap rentak kehidupan hambaNya di dunia ini. Surah Al Rahman mengandungi 78 ayat dan terdapat satu ayat yang diulang sebut sebanyak 31 kali dalam surah itu..Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..hanya Kau yang mampu menyelami hati setiap hambaMu...aku sangat teruja dan terkesima apabila membaca terjemahan itu sehingga ke akhir surah. Sesungguhnya manusia ini masih lalai dalam mengerjakan ibadah kepada penciptanya. Dalam surah itu banyak menyebut tentang keEsaan Allah SWT, kehebatan agung Allah SWT dan segala puji hanya untuk Dia..sesungguhnya manusia kerdil seperti kita semua tak layak digelar apa pun, apa lagi diberi pangkat tinggi atau selayaknya dihormati melainkan Tuhan yang maha Esa.
Ayat yang diulang sebut sebanyak 31 kali di dalam Surah ini adalah bermaksud "Nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan?." Semua ayat-ayat yang tertera di dalam surah ini adalah berkenaan dengan kehebatan Allah SWT dalam mencipta semesta alam ini, bahawasnya Dialah pentadbir dan pengurus yang Maha Agung, semua kehebatan yang terdapat di bumi, langit serta segala pergerakan cakerawala adalah atas arahan Tuhan yang maha Esa...itu lah Murokobah Allah yang bersifat Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui...subhanallah..!
Maka kita sebagai manusia dan hambaNya ada juga yang masih lalai dengan kehidupan seharian, asyik memikirkan hal-hal duniawi tanpa mengambil berat tentang bekalan untuk kita bawak pulang ke akhirat nanti. Sama-sama lah kita memperbaiki amalan kita serta berusaha untuk mengabdikan diri kita kepada pencipta yang maha Agung, moga hidup kita di akhir zaman nanti akan bernoktah di Jannah, mudah-mudahan, insyaAllah, amin....

Friday, June 22, 2012
Semperit oh semperit....
Dah bertahun-tahun selama ni aku asyik mengorder je kuih semperit susu ni semasa musim Raya. Tapi tahun ni aku berazam nak buat sendiri....ececeh,...konon la kan, tapi sebenarnya bahan2nya bukannya susah sangat pun, yang letih sikit ialah masa nak menekan doh dalan acuan, tu je nak guna tenaga lebih sikit, the rest is sap sap sui je...ececeh, kalau cakap kemain, hehe..
Dek kerana anak-anak aku semua sukakan biskut ni, jadi aku dengan gigihnya telah berusaha membuat satu adunan semperit hari Sabtu lepas, saje-saje la buat untuk makan sendiri je..kalau menjadi, esok2 boleh la buat lebih sikit untuk raya and bagi MIL sikit..Berkat kegigihan and semangat aku dengan Dyna petang Sabtu tu, Alhamdulillah, menjadi la pulak biskut kami tu..haha, bravo kepada kami anak beranak, buat 250g butter dapat hasil sebanyak 90 keping biskut semperit, yeehaaa..!! Tapi..nak menyampai ke malam, hmmm....dah setengah tupperware jugak la habis kena belasah..., mana taknya..biskut tu sangat rapuh, sedap dan cair dimulut..sangat yummy rasanya (ceh, puji diri sendiri,...) nanti aku post gambar eh, jeng jeng jeng...

Friday, June 15, 2012
Cost of Living
Nowadays kalau bawak duit RM50 pergi kedai, tak tau apa barang yang dapat dibeli..kalau bawak duit sebanyak tu pergi Pasar Tani pulak memang dapat 2 hari punya lauk je la jawabnya...Baru je rasa dalam 2-3 tahun kebelakangan, aku masih boleh membeli belah dengan selesa di Pasar Tani dengan berbekalkan hanya RM50, berplastik-plastik barang aku bawak balik..sekarang nih, adoi la hai...
Aku ni biasanya dulu-dulu kalau pergi Pasar Tani, first round carik barang-barang kering dulu, bawang2, kentang, cili kering, udang kering, ikan bilis, asam jawa, asam keping, sup bunjut, etc...dekat gerai tu je dah boleh habis easily RM25, then proceed to gerai ikan air tawar, beli ikan talapia 3 ekor, ikan keli 6 ekor...dekat situ dah habis RM15, jalan pulak pergi gerai sayur2 kampung, beli ulam2an..cili api kampung / daun kesum, tempe, etc..habis RM8, then beralih ke gerai ikan kembung rebus, beli 2 paket RM11, pergi pulak gerai sayuran, beli kobis/kacang panjang/cili merah/tomato/kangkung/daun sup&bawang/sawi, etc..habis lagi RM15, tu belum masuk lagi gerai ayam/daging/ikan yang aku tak payah cerita la berapa pulak ongkosnya habis dekat situ...barang-barang yang aku beli ni semuanya untuk stok selama seminggu untuk makanan keluarga sebesar 5-6 orang..
Habis beli barang2 penting, pergi pulak menuju ke gerai-gerai sampingan macam gerai buah-buahan, gerai2 makanan macam capati, wade, kuih muih melayu, air soya..lepas tu singgah pulak tempat jual pallete (makanan rabbit kesayangan), kadang2 terlebih gatal menyinggah pulak dekat gerai-gerai jual tudung and blouse muslimah, ada masa2 tu look see, look see je..tapi ada gak masa-masanya sempat merembat sehelai dua..hehe..So, cemana la tak habis beratus2 setiap minggu, itu baru dekat Pasar Tani je tau, hover kan..?? Tapi pendek cerita memang semua barang dah mahal sekarang ni..kalau last 2-3 years, barang-barang yang aku beli semua ni baru berjumlah lebih kurang RM80-90 je gitu..now ni, barang2 yang sama will cost me RM130-150, bayangkan la seminggu barang-barang pasar je dah habis banyak tu, kalau sebulan..tak meninggal dibuatnya...? belum lagi dengan barang-barang kering dapur yang lain, ie: beras/gula/minyak/tepung/sabun, etc..yang tu semua dalam RM400 sebulan..So, kalau nak ikutkan betul-betul punya calculation, sebulan punya spending on barangan pasar and groceries je dah almost 1,000. matik lah macam ni every month...!
Maka dengan itu, sejak awal tahun ni lagi, aku dah mula mengamalkan sistem berjimat cermat. Aku akan beli barang-barang pasar as and when needed je, ada satu pasar segar dekat rumah aku tu yang jual ikan-ikan and ayam segar every weekend so, aku end up beli ikan2 aku dekat situ je..dekat situ aku beli la 4-5 ekor ikan kembung, cencaru, siakap (1 ekor besar), kerisi , pari (4-5 keping), udang sikit,
etc..at least untuk 3-5 hari makan je (sebab mesti ada 1 or 2 hari in a week that aku tak masak beriya, where buat nasi goreng or bubur nasi je..) aku tetap akan pergi pasar tani but will only buy those yang takde jual dekat pasar segar tu..ie, ikan talapia, ikan keli and sayur2 kampung, or maybe aku terasa nak makan daging salai ke..apa ke..so, baru aku akan beli di pasar tani. Sekarang ni lauk dekat rumah aku sekali makan memang 3 jenis je..not more than that..mesti ada satu lauk, sayur / sampingan and sambal..atau goreng2 tempe/kentang ke apa..very simple but nice and menyelerakan..with that dapat la aku jimatkan sikit perbelanjaan pasar tu...ibuk-ibuk semua, harus la bijak menguruskan hal-hal dapur anda ye..demi kebahagiaan seisi keluarga...tapi kalau dah memang ada bajet, sila kan lah beli ikan jenahak / bawal /tenggiri yang memang dah tentu berpuluh-puluh hengget harganya sekilo...waduh2, kok mahal banget nih..?

Makan bola, tidur bola, mandi bola, nanti berak pun keluar bola...!
Bila tiba musim bola macam Euro Cup ni aku memang tension gila babs...sebab Pak Hamid akan menatap TV tu sampai ke pagi, ada masa-masa jugak TV tu yang akan menatap dia berdengkur dekat depan tu sampai ke subuh..eeee, tensi mak tau..Secara tak langsung, bill letrik pun akan melambung..! ha, yang ni lagi tensi..!
Sejak seminggu musim Euro ni bermula, memang baru satu malam je la Pak Hamid tidur dengan aku, malam-malam lain tu memang depan TV je la, off TV terus je berdengkur dekat situ...memang payah and malas sangat la tu nak bawak kaki naik ke atas...eee, mencik I tau..! sudahnya bila pagi-pagi bangun and budak2 nak bersiap pergi sekolah, kena be careful sebab belakang TV tu ada cermin besar so dekat situ la budak2 nak bersiap berdandan nak betulkan tudung semua bagai, nak taknak kena la awasi langkah memasing supaya tak terlanggar or terpijak kaki papanya...adoi, kan menyusahkan je namanya tuh..once terlanggar ke apa ke, kan dah hangin satu badan pulak Pak Hamidnya...
Biasanya bila tiba musim bola ni, memang any football match on TV akan mendapat tumpuan dan perhatian sepenuhnya oleh laki aku ni, so..aku ni memang kurang diperhatikan, jangan kata nak usik, nak pandang pun macam ala-ala tak kuasa gitu...tumpuannya lebih kepada TV dan TV dan TV.....jadi masa ni lah mak pun sentap..kerajukan dan kebengangan....haih, cepat lah habis bola nih, I want my husband back..!

Subscribe to:
Posts (Atom)